TIGA KOS INI WAJIB ANDA TAHU UNTUK PROSES JUAL BELI RUMAH

Menjadi lumrah sebagai ejen hartanah, sering ditanya dengan soalan-soalan cepumas daripada prospek seperti berikut.

CIK, BERAPA KOS GUAMAN YA,

CIK, STAMP DUTY BERAPA

CIK, APA KOS YANG TERLIBAT DALAM PROSES JUAL BELI NI?

Ramai juga yang tidak bertanya langsung lantas terkejut bila diceritakan kira-kira kos tambahan ini.

Jadilah pembeli yang bijak !
Pembeli yang bijak akan sentiasa bersedia dengan pengetahuan asas sekurangnya untuk kos-kos berkaitan. Disini saya kongsikan untuk bacaan anda supaya bolehlah mula menabung atau menyediakan kos tersebut jika baru hendak membeli rumah.

3 Kos Asas Pembelian Rumah

1. Deposit
Deposit atau down payment atau wang pendahuluan. sepuluh peratus (10%) daripada harga jualan. Biasanya dipecah kepada 2 bahagian iaitu 3% semasa meminang unit idaman dengan pembayaran tempahan /booking. Ia dibayar atas nama agensi Hartanah milik Perunding Hartanah yang berurusan dengan anda. Pastikan bukan atas nama Perunding tersebut ya..

Manakala baki 7% dibayar sebagai mahar hantaran semasa menandatangi perjanjian Jual Beli Rumah.

2. Lawyer Fee
Atau terma lain Legal Fees. Yuran guaman bagi urusan perjanjian pinjaman, jual beli dan pindah milik hartanah. Terdapat dua jenis perjanjian yang akan anda tandatangani.
1- Sales & Purchase Agreement (Perjanjian Jual Beli).
2- Loan Agreement (Perjanjian Pinjaman)

Juga terdapat bayaran pengurusan atau disbursement fees berdasarkan jumlah pinjaman anda. Kos ini akan diberitahu oleh pihak peguam anda kemudian.

Untuk mengetahui lebih lanjut bkaitan kos guaman boleh baca di sini


3. Stamp Duty
Duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949. “Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah.”


Rujuk ejen hartanah anda untuk kos setem duti ini kerana ejen hartanah biasanya akan uruskan sekali pinjaman dan urusan guaman pembeli dan penjual (vendor & purchaser)

Jika rumah pertama yang ingin dibeli anda bernilai dibawah 300ribu ringgit, tiada cas setem duti akan dikenakan. Peraturan ni telah berkuat kuasa semenjak Januari 2017.

Biasanya pembeli yang tidak mempunyai simpanan tunai yang cukup, akan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2. Kalau anda sudah berkahwin untunglah, kerana boleh gabungkan simpanan KWSP bersama pasangan dan boleh buat Join Loan pembelian rumah dan dalam masa meningkatkan kelayakan pinjaman.

Kebelakangan ini ramai juga sebenarnya individu bujang yang sudah mula celik hartanah,cuma simpanan sahaja belum pun mencukupi.

Jika anda termasuk kategori tersebut, rebutlah peluang ini dengan mencari projek-projek yang masih dalam pembinaan atau yang baru dilancarkan pemaju. Ini kerana pakej yang ditawarkan pemaju biasanya PERCUMA SPA legal fees.

Dan jika bernasib baik lagi, ada pemaju yang menawarkan PERCUMA LA legal fees dengan syarat hanya membuat pinjaman dengan bank yang panel dengan mereka.

Juga pastikan anda beli rumah pertama di bawah RM 300k supaya boleh terima pengecualian setem duti. Banyak kan boleh jimat?

Semoga bermanfaat

😊

Adilah Isharudin menulis
#ceritahartatanah


==================

SEWA | JUAL | BELI | JV HARTANAH

Hubungi :

Adilah Isharudin REN 18172
IM Global Property Consultants Sdn Bhd VE(1)253
0105506218
http://www.wasap.my/60105506218

FB PAGE: Cerita HartaTanah
FB GROUP: Rumah Bawah 500K
INSTAGRAM: @adilah_property

Comments

Popular Post