PEGUAM ANDA MENYELEWENG: APA HAK DAN TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?


Sejak akhir-akhir ini banyak saya dengar rungutan daripada orang awam tentang kes peguam hartanah yang didakwa melakukan penyelewengan terhadap wang anak guam (stakeholder moneis) mereka.

Antaranya termasuklah peguam gagal melepaskan bayaran harga jual beli yang telah  diterima daripada bank kepada penjual, menggunakan wang stakeholder untuk tujuan peribadi, gagal dan cuai menguruskan kes dengan baik dan sebagainya.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh anak guam terhadap peguam yang melakukan salahlaku seperti di atas adalah seperti berikut:

1. Melaporkan secara rasmi kepada Majlis Peguam. Setiap aduan yang dibuat akan diterima oleh Majlis Peguam dan Satu Jawatankuasa Tatatertib akan ditubuhkan untuk menyiasat aduan yang dikemukakan.

Pihak yang mengadu dan peguam yang diadu akan dipanggil untuk satu inkuiri di hadapan Lembaga Tatatertib Majlis Peguam di mana anak guam hendaklah mengemukakan bukti bukti yang berkenaan semasa inkuiri tersebut. Jika didapati bersalah,  peguam tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam seperti amaran keras, arahan untuk peguam mengembalikan wang anak guam,  denda, sijil amalan guaman mereka boleh digantung dan nama mereka boleh di nyah daftaraikan  (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara.

2. Sekiranya peguam tersebut didapati bersalah oleh Lembaga Tatartib dan nama mereka telah dinyah daftaraikan (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara, anak guam yang mengalami kerugian tersebut boleh menuntut ganti rugi terhadap Majlis Peguam melalui Dana Pampasan (Compensation Fund), di mana setiap tahun setiap kali peguam ingin memohon pembaharuan sijil amalan guaman mereka, peguam hendaklah mengemukakan sejumlah wang kepada Majlis Peguam untuk tujuan Dana Pampasan  tersebut.

Walau bagaimanapun pampasan tersebut tertakluk kepada jumlah dana yang ada untuk tahun tersebut dan pampasan yang akan diberikan adalah  berdasarkan kepada case to case basis.

3. Selain daripada itu anak guam juga boleh memfailkan tuntutan sivil terhadap peguam yang gagal menjalankan tugasan mereka sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada anak guam.

4. Untuk kes kecuaian yang dilakukan oleh peguam, sekiranya tuntutan sivil dibuat terhadap peguam oleh anak guam dan peguam tersebut telah diarahkan oleh mahkamah untuk menjelaskan amaun gantirugi kepada anak guam mereka,  maka peguam tadi boleh menuntut pampasan di bawah dengan syarikat insurans di bawah profesional indemnity coverage (Perlindungan Tanggungrugi Profesional) setakat had maksimum perlindungan yang mereka ambil. Walau bagaimanapun, tuntutan  di bawah profesional indemnity coverage ini tidak terpakai dalam kes di mana peguam tersebut didapati melakukan salahlaku jenayah.

5. Selain daripada itu, anak guam juga boleh membuat laporan polis terhadap peguam tersebut. Pihak polis akan membuat siasatan dan jika terdapat bukti yang peguam tersebut melakukan elemen- elemen jenayah seperti penipuan atau pecah amanah, maka mereka boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan seperti di atas dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di penjara dan disebat.

Ini antara remedi yang ada dari sudut perundangan yang boleh diambil oleh anak guam sekiranya peguam mereka melakukan kesalahan disiplin sebagaimana di atas.

Walau bagaimanapun saya berpendapat, anak guam hendaklah lebih berhati hati sebelum melantik sesuatu peguam untuk urusan hartanah mereka supaya tidak terlantik peguam yang tidak profesional, tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta tidak jujur dan amanah.

Pada posting yang akan datang saya akan kongsi kan pula beberapa tips penting untuk anda memilih peguam yang beretika, profesional, jujur dan amanah untuk mengelakkan masalah di atas berlaku kepada diri anda.

Jika tulisan ini bermanfaat, sila LIKE dan SHARE  supaya lebih ramai yang faham akan hak mereka.

Sekian terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Comments

  1. Sy antara yang terkena dengan pecah amanah oleh peguam. Da habis lebih 30k untuk urusan undang2..bawak ke civil court cume perintahkan untuk bayar saja.. Report ke bar Council, dah bicara oleh bar Council Committee dekat 3 tahun masih tggu keputusan dikeluarkan.. Itu pun byk syarat utk dapat compensation fund.. Dah report polis..siasatan dibuat pun mcm nak tak nak.. Dekat 4 tahun cume sekali je panggil peguam tue utk beri keterangan.. Lepas tue senyap..
    So conclusion nye.. Kalau appoint lawyer tue..carii lawyer yg firm.. And siasat rumah ofis Lawyer nie.. Kalau buat hal.. Kite jadi hakim sendiri.. Terbukti pihak berkuasa takde masa dan kuasa nak settle kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post