Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan)
Di dalam usaha anda membeli hartanah, jangan lupa satu aspek penting iaitu status hartanah tersebut samada freehold atau leasehold.
Untuk memahami perbezaan kedua-duanya, jom kita tengok jadual di bawah:
1. Betul ke loan lebih senang lulus untuk hartanah freehold?
Kebanyakan bank kurang berminat untuk membiaya pembeli yang beli rumah berstatus leasehold, tambahan pula yang hampir tamat tempoh pajakan. Biasanya, bank hanya bagi pinjam dengan margin yang lebih rendah daripada 90 peratus.
2. Apa akan jadi kepada hartanah leasehold selepas tempoh pajakan tersebut tamat?
Tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walaubagaimanapun jangan risau, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui dan memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Sebenarnya, kita tak perlu pun menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek iaitu 30-50 tahun.
3. Hartanah freehold yang kita beli adalah hak selamanya, betul ke?
Semua hartanah freehold tertakluk kepada Akta Pengambilan Tanah 1960, di mana kerajaan kuasa untuk ambil semula hartanah tu kalau perlu. Tapi, jangan risau kita akan dapat pampasan mengikut harga pasaran semasa hartanah tu.
4. Adakah rumah freehold lebih bernilai berbanding leasehold?
Terdapat banyak aspek-aspek lain yang mempengaruhi nilai hartanah seperti jenis rumah, lokasi dan kawasan sedang membangun. Kebiasaanya situasi ini yang selalu berlaku, misalnya ada dua hartanah, satu berstatus leasehold dan satu lagi freehold dan kedua-dua mempunyai kriteria yang sama, jadi nilai yang leasehold tu akan lebih rendah berbanding freehold. Selain itu, harga hartanah juga bergantung kepada demand and supply, jika permintaan tinggi menyebabkan nilai hartanah freehold juga akan tinggi.
Yang mana lebih untung sebenarnya?
Jangan rungsing kedua-duanya pun menguntungkan. Ikutkan hati nak sangat beli hartanah freehold, tapi cuba fikir-fikirkan dalam tempoh 99 tahun tu, entahkan hayat sampai ke tidak. Yang tinggal anak cucu kita je. Kalau kita tiada sekalipun, anak cucu la untung dapat pampasan. Tak ada apa yang kekal kat dunia ni, kalau mampu tu beli je la, jangan tunggu lama-lama.
Sumber Rujukan: FB Mahligai Idaman
Comments
Post a Comment